KOSMO!

Senarai 16 rakyat Malaysia ditahan pihak berkuasa Israel.Barangan Sukan Malaysia
PETALING JAYA – Seramai lima lagi rakyat Malaysia yang menyertai misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) ke Gaza ditahan pihak berkuasa Israel menjadikan jumlah keseluruhan warganegara ini yang ditahan setakat ini adalah seramai 16 orang.
Menurut paparan di Sumud Nusantara Tracker, terbaharu, mereka yang ditahan ialah Norazman Ishak dari kapal Abodes, Abdul Samad Selamat dan Naufa Azhari (Bianca ITA) dan Muhammad Zaid Abdul Karim serta Mohammad Farizzal Rostam (Gotico).
Turut ditahan ialah Osman Zolkifli, Hazwan Hazim Dermawan dan Mohd Shamsir Mohd Isa yang menaiki kapal Themis.
Penahanan terbaharu itu berlaku selepas beberapa kapal flotila dipintas di perairan antarabangsa ketika dalam perjalanan menghampiri Gaza bagi membawa bantuan kemanusiaan.
Setakat pukul 7.18 malam (waktu tempatan), sebanyak 37 lagi kapal GSF masih meneruskan pelayaran menuju ke Gaza bagi menyalurkan bantuan dan memecahkan sekatan yang dikenakan terhadap wilayah tersebut.
Berikut adalah senarai lengkap rakyat Malaysia yang dilaporkan ditahan rejim Zionis:
1. Zainal Rashid (ZRA) – kapal Amanda
2. Muhamad Muhsin Zaidi – kapal Isobella
3. Ahmad Musa Al-Nuwayri Kamaruzaman – kapal Josef/Yusuf
4. Mohammad Shazly Mohammad Shees – kapal Cactus
5. Tengku Ahmad Taufik Tengku Noor Zahari – kapal Cactus
6. Patmanathan Sivasamy – kapal Furleto
7. Muhammad Amirul Afif Mohd Azhar – kapal Furleto
8. Syakirin Muhamed Senin – kapal Furleto
9. Norazman Ishak – kapal Abodes
10. Abdul Samad Selamat – kapal Bianca ITA
11. Naufa Azhari – kapal Bianca ITA
12. Muhammad Zaid Abdul Karim – kapal Gotico
13. Mohammad Farizzal Rostam – kapal Gotico
14. Osman Zolkifli – kapal Themis
15. Hazwan Hazim Dermawan – kapal Themis
16. Mohd Shamsir Mohd Isa – kapal Themis - KOSMO! ONLINE
Tiada ulasan:
Catat Ulasan