"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Polis tahan suspek disyaki tikam wanita dalam kereta

FMT Reporters

Ketua Polis Kota Setar, Syed Basri Syed Ali berkata mangsa kini dirawat di hospital selepas ditikam di leher dengan senjata tajam.
Dalam kejadian kira-kira 9.19 malam tadi, mangsa dilaporkan parah selepas ditikam di leher dalam sebuah kereta di hadapan sebuah restoran di Titi Gajah, Kepala Batas. (Gambar Facebook)
PETALING JAYA: Polis menahan seorang lelaki yang dipercayai terlibat dalam kejadian seorang wanita yang parah ditikam dalam sebuah kereta di hadapan sebuah restoran di Titi Gajah, Kepala Batas di Alor Setar malam tadi.

Ketua Polis Kota Setar Syed Basri Syed Ali berkata suspek ditahan pagi ini selepas melarikan diri selepas kejadian itu malam tadi.

“Suspek berjaya ditangkap dan akan direman hari ini,” katanya yang dipetik Harian Metro sebagai berkata.

Terdahulu, Syed Basri dilaporkan berkata dalam kejadian kira-kira 9.19 malam itu suspek berusia 32 tahun itu dipercayai menaiki kereta Mazda 3 milik mangsa berusia 35 tahun.

Katanya, suspek dan mangsa juga dipercayai mengenali antara satu lain kerana bekerja sebagai ejen hartanah.

“Mangsa dipercayai ditikam di bahagian leher sebelah kanan dan setakat ini kita tak tahu lagi berapa tikaman kerana mangsa sedang dirawat di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB),” katanya di lokasi kejadian.

Menurutnya, senjata yang digunakan dalam kejadian itu belum ditemukan dan polis percaya suspek dan mangsa adalah penduduk Alor Setar.

“Motif atau punca kejadian masih dalam siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan menggunakan senjata,” katanya.

Tiada ulasan: