"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Tiga beradik bunuh bapa, mayat dibuang di hutan

Agensi

Jakarta: Seorang lelaki maut dipercayai dibunuh oleh anak kandung dan anak tirinya dalam satu kejadian tragis yang berpunca daripada pertengkaran keluarga sebelum mayatnya ditemukan di kawasan hutan di wilayah Nusa Tenggara Timur, baru-baru ini, lapor Detik.

Susulan kejadian itu, polis menahan tiga beradik bagi membantu siasatan berhubung kes pembunuhan berkenaan.

Mangsa yang dikenali dengan inisial AN, 47, ditemukan penduduk di kawasan hutan Dusun Aitiris B, Desa Meotroi, daerah Malaka, pada 12 Mei lalu.

Polis memaklumkan ketiga-tiga suspek terdiri daripada anak tiri mangsa berusia 27 tahun serta dua anak kandung mangsa masing-masing berumur 18 dan 17 tahun.

"Kesemua suspek adalah ahli keluarga mangsa. Mereka ditahan dan kini berada di Polisi Resor (ibu pejabat daerah polis) Malaka untuk siasatan lanjut," katanya.

Siasatan awal mendapati kejadian dipercayai berpunca daripada pertengkaran keluarga sebelum suspek bertindak memukul mangsa secara berkumpulan sehingga menyebabkan lelaki itu maut akibat kecederaan parah.

Bagi menyembunyikan perbuatan itu, suspek dipercayai mengheret dan membuang mayat mangsa ke kawasan hutan yang terletak jauh dari kediaman mereka.

Polis turut merampas beberapa barangan bukti termasuk senjata tumpul yang dipercayai digunakan dalam kejadian itu.

Kes disiasat mengikut Perkara 338 Kanun Undang-Undang Jenayah Indonesia (KUHP) berkaitan kesalahan pembunuhan yang memperuntukkan hukuman maksimum 15 tahun penjara.
-hmetro

Tiada ulasan: