"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Kelantan: 2 lelaki maut tertimbus runtuhan tebing ketika melombong emas

Hazira Ahmad Zaidi
am@hmetro.com.my
OPERASI mencari dan menyelamat sedang dilakukan oleh anggota BBP Jeli di kawasan anak sungai Ladang Sawit Jerimbong, Jeli pada malam tadi. FOTO isan JBPM
OPERASI mencari dan menyelamat sedang dilakukan oleh anggota BBP Jeli di kawasan anak sungai Ladang Sawit Jerimbong, Jeli pada malam tadi. FOTO isan JBPM
Jeli: Dua lelaki maut selepas tertimbus dalam runtuhan tebing tanah setinggi dua meter dipercayai ketika menjalankan aktiviti melombong emas di kawasan anak sungai Ladang Sawit Jerimbong, malam tadi.

Dalam kejadian pada 8.20 malam itu, seorang lagi dilaporkan terselamat daripada insiden berkenaan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jeli Adni Ibrahim berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan yang memaklumkan terdapat mangsa tertimbus tanah sebelum sembilan anggota dari BBP Jeli bergegas ke lokasi kejadian bagi menjalankan operasi mencari dan menyelamat (SAR).

"Bagaimanapun, operasi menyelamat berdepan kesukaran apabila jentera bomba tidak dapat memasuki kawasan ladang berikutan laluan sempit serta mencabar dan terpaksa menggunakan kenderaan pacuan empat roda Toyota Hilux untuk masuk ke lokasi kejadian.

"Operasi pencarian dimulakan pada 9.20 malam dan didapati terdapat dua mangsa tertimbus akibat runtuhan tebing tanah setinggi dua meter di kawasan anak sungai," katanya.

Beliau berkata, mangsa pertama berjaya ditemukan pada 9.25 malam, manakala mangsa kedua pada 11.18 malam.

"Kedua lelaki berusia lingkungan 30-an disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh petugas kesihatan dan kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut," katanya.

Tiada ulasan: