"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

‘Influencer’ kahwin diri sendiri meninggal dunia

KOSMO!
BINGBING memenuhi impian terakhirnya untuk menjadi pengantin. – AGENSI
BEIJING – Seorang pempengaruh menghidap kanser yang ‘mengahwini diri sendiri’ untuk memenuhi impiannya menjadi pengantin, meninggal dunia secara tragis pada usia 29 tahun, lapor akhbar Daily Star.

Wang Bingbing meninggal dunia awal semalam. Pada  2023 ketika berusia 27 tahun, kehidupannya berubah secara drastik apabila dia disahkan  menghidap kanser serviks peringkat pertengahan.

Selepas itu, Bingbing mula berkongsi perjuangan menghadapi kanser secara dalam talian. 

Dia menjalani histerektomi lengkap pada November 2023, diikuti kemoterapi. Walaupun menerima rawatan, penyakit itu kembali semula pada Jun 2025, seperti petikan laman berita NeedToKnow.

Kanser itu juga telah merebak dan dia menerima rawatan tambahan, di mana penampilannya berubah secara mendadak. 

Akhir tahun sama dan menyedari ajalnya semakin hampir, Bingbing mengadakan ‘perkahwinan untuk seorang’ bagi memenuhi impian menjadi pengantin.

“Mengahwini diri sendiri masih dikira sebagai berkahwin,” katanya di hadapan kamera.

Ketika meninggal dunia, dia telah mengumpulkan lebih setengah juta pengikut.

Selepas kematian Bingbing, kakaknya berkata di laman sosial: “Adik saya baik hati, berhati murni, ceria dan bersikap mesra.

“Pemergian mengejutnya menyebabkan seluruh  keluarga, saudara-mara dan rakan-rakan berada dalam kesedihan yang amat mendalam,” tambahnya. – AGENSI 

Tiada ulasan: