Mohsin Abdullah
Pengekalan Ismail Lasim sebagai menteri besar memberi isyarat BN merestuinya namun semua pihak perlu ambil iktibar daripada kemelut politik Negeri Sembilan.
Imbau kembali. Khamis lalu pemimpin BN diketuai Pengerusinya Zahid Hamidi diterima menghadap Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan dan selesai sesi menghadap, beliau beritahu media yang BN menyerahkan kepada Tuanku Muhriz Tuanku Munawir untuk mengumumkan hasil pertemuan.
Kata Zahid pengumuman termasuk status jawatan menteri besar dan barisan exco.
“Kami telah menghadap Tuanku dalam suasana tenang dan Tuanku akan membuat keputusan dan kita akan serahkan kepada pihak istana yang mengeluarkan kenyataan keputusan yang telah kami capai. Biarlah kenyataan daripada istana itu sebagai memuktamadkan keputusan yang telah kami sama-sama setuju,” kata Zahid.
Bagi saya kata kuncinya ‘keputusan yang telah kami sama-sama setuju’.
Tidak ada kenyataan dikeluarkan istana secara khusus tetapi keesokan hari yakni semalam Yang Dipertuan Besar perkenan berangkat ke istiadat pelantikan dan angkat sumpah exco di Istana Besar Seri Menanti, dan Ismail Lasim hadir sebagai atau selaku menteri besar.
This speaks louder than any worded statement. It is telling. Oleh kerana Zahid sebelum ini (seperti disebut tadi) berkata ‘keputusan yang telah kami sama-sama setuju’. BN khususnya Umno boleh dianggap akhirnya ‘merestui’ Ismail kekal sebagai menteri besar.
Bukanlah rahsia besar Umno mahu ketuanya di Negeri Sembilan Jalaluddin Alias jadi menteri besar. Maklumlah Jalaluddin watak utama yang berjaya ‘memaksa’ PRN diadakan Ogos lalu. Apa yang beliau (dan Umno) lakukan tidak perlu diulangi kerana ramai sudah maklum.
Namun, hasrat Umno mahu Jalaluddin jadi menteri besar tidak kesampaian dan muncullah the little known 67-year-old Ismail sebagai menteri besar. Ketika namanya diumumkan ramai yang bertanya ‘Ismail who?’.
Ismail kemudian kita tahu bergelumang dalam krisis Negeri Sembilan siap dengan langkah U-turn, penafian dan pengakuan.
Pada 16 Nov lalu, Setiausaha Agung BN, Zambry Abdul Kadir (bukan Ismail ye) mengumumkan Ismail letak jawatan menteri besar berkuat kuasa serta-merta. Banyak spekulasi timbul yang tidak perlu saya ulangi.
Pendekkan cerita yang panjang eventually BN menghadap Tuanku Muhriz yang disebut pada permulaan penulisan ini.
Oleh kerana yang dilantik dan angkat sumpah semalam ialah enam orang, Ismail akan menentukan portfolio mereka dalam sehari dua lagi.
Kata beliau, setiap seorang exco yang baru dilantik dijangka pegang sekurang-kurangnya dua portfolio bagi memastikan kelancaran pentadbiran negeri.
Sebelum ini, umum tahu Negeri Sembilan ada 10 orang exco. September lalu Tuanku Muhriz melucutkan pelantikan mereka kerana ‘melanggar sumpah jawatan’.
Dengan pelantikan enam exco baru Ismail berkata “seawal minggu depan saya telah tetapkan mesyuarat exco diadakan pada Selasa dan Khamis dan mungkin lebih kerap lagi supaya dapat menyelesaikan tunggakan yang berlaku.”
Menurutnya, mesyuarat exco akan datang akan mengesahkan belanjawan negeri sebelum dipersembahkan kepada Tuanku Muhriz selain mendapatkan perkenan tarikh persidangan DUN yang dijangka berlangsung Disember ini. Sememangnya Ismail has got a lot of lost ground to cover.
Sengaja saya huraikan itu semua untuk menunjukkan Ismail is the menteri besar and apparently, he is in charge. Saya tidak dapat elak menyatakan apa yang dilakukan Zambry tempoh hari adalah tindakan sia-sia. Apatah lagi mengambil kira apa yang dikata Zahid setelah menghadap Tuanku Muhriz yang disebut tadi.
Pun begitu, jika masih ada rasa tidak puas hati dalam kalangan Umno terhadap Ismail eloklah teliti titah Yang Dipertuan Besar. Saya kira titah Tuanku Muhriz pada istiadat pelantikan dan angkat sumpah exco semalam mesti ditujukan kepada semua pihak bukan sahaja menteri besar dan barisan exconya.
Sewajarnya, titah Tuanku Muhriz mengandungi banyak peringatan dan nasihat kepada exco tetapi yang ingin saya ketengahkan di sini ialah saranan baginda kepada ‘semua pihak’.
Yang Dipertuan Besar bertitah semua pihak menjadikan segala peristiwa dan isu yang tercetus baru-baru ini sebagai satu pengajaran.
“Beta tidak mahu perkara yang sama berulang sehingga boleh menjejaskan keharmonian, kestabilan dan kelancaran pentadbiran negeri,” titah baginda.
Benar. Negeri Sembilan certainly does not need another crisis.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan