"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Bayi berbalut tuala ditemui di celah pelepah sawit

Willie Jude

Penduduk Kampung Lahat-lahat menemui seorang bayi lelaki di celah pelepah sawit kira-kira 11 pagi tadi.

SEMPORNA: Seorang bayi lelaki yang dipercayai baru dilahirkan kurang 24 jam lalu, ditemui di celah pelepah sawit di Kampung Lahat-lahat, Jalan Tanjung Kapor, di sini, hari ini.

Bayi cukup sifat itu ditemui dalam keadaan berbalut tuala dan masih bernyawa oleh penduduk kampung kira-kira 11 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Semporna, Mohd Farhan Lee Abdullah berkata, selepas dimaklumkan mengenai bayi itu, sepasukan pegawai dan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Semporna bergegas ke lokasi kejadian bagi menjalankan siasatan.

Katanya, bayi seberat 2.85kg yang masih bertali pusat itu disahkan dalam keadaan sihat dan kini ditempatkan di wad kanak-kanak Hospital Semporna untuk pemantauan rapi.

Beliau berkata, bayi itu akan diserahkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk tindakan lanjut.

“Siasatan lanjut sedang dijalankan dan usaha mengesan suspek giat dijalankan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan kerana kesalahan membuang bayi,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Tiada ulasan: