"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Doktor kontrak mogok, keluar dari hospital

FMT Reporters

PETALING JAYA: Sekumpulan doktor kontrak di beberapa hospital utama hari ini menunaikan janji mereka untuk melaksanakan “walk-out” sebagai sebahagian daripada mogok Gerakan Hartal Doktor Kontrak.

Mogok yang antara lainnya dibuat bagi menuntut laluan kerjaya yang adil dan faedah yang sama seperti doktor berjawatan tetap, dimulakan pada 11 pagi.

Di Hospital Kuala Lumpur, seramai kira-kira 50 doktor berjalan keluar dari bangunan hospital, dengan diperhatikan oleh kira-kira 30 pegawai polis. Polis kemudian mengarahkan anggota media untuk beredar.

Sementara itu, di Hospital Bersepadu MAEPS, para doktor melakukan mogok dari dewan masing-masing, mengangkat sepanduk tertera tanda pagar #hartal, #contract dan #Justice4juniorDRS. Anggota media di sini turut diarahkan polis untuk beredar.

Gerakan Hartal Doktor Kontrak sebelum ini berkata, mogok akan diteruskan di hospital dan klinik kesihatan seluruh negara kerana kerajaan didakwa gagal memenuhi beberapa tuntutan kumpulan doktor kontrak dalam perkhidmatan awam.

Pada Jumaat lalu, Perdana Menteri Muhyiddin Yassin mengumumkan semua pegawai perubatan, pegawai pergigian, dan pegawai farmasi lantikan kontrak ditawarkan pelantikan secara kontrak, untuk tempoh dua tahun selepas melengkapkan tempoh khidmat wajib bagi memastikan kesinambungan perkhidmatan dan persediaan untuk mengikuti pengajian kepakaran.

Portal berita The Malaysian Insight melaporkan bahawa Cawangan Khas dan Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) akan dikerahkan ke hospital-hospital untuk memantau keadaannya esok dan akan bersedia untuk menahan petugas kesihatan yang melanggar perintah ini.

Tiada ulasan: