"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

PM cirit-birit ada kenyataan, batal Ordinan Darurat buat diam-diam?

‘PM cirit-birit ada kenyataan, batal Ordinan Darurat tak boleh umum’, kata Ahli Parlimen pembangkang

Yasmin Abdul Latif

PETALING JAYA: Ahli Parlimen Bukit Mertajam, Steven Sim mempersoal tindakan kerajaan tidak mengumumkan pembatalan Ordinan Darurat kepada rakyat sedangkan masalah kesihatan perdana menteri sebelum ini boleh dikeluarkan kenyataan.

Wakil Pakatan Harapan (PH) itu berkata, pembatalan Ordinan Darurat adalah perkara penting namun ia seakan-akan dipandang remeh oleh kerajaan.

“Saya rasa ada keperluan yang amat penting untuk kerajaan terutamanya perdana menteri sendiri memberi satu penjelasan yang jujur terhadap isu Ordinan Darurat yang dikatakan telah dibatalkan pada 21 Julai lalu.

“Sebab perkara ini dilakukan macam ‘main-main’, kalaulah pengumuman perdana menteri masuk hospital kerana cirit-birit pun boleh diumumkan melalui kenyataan media.

“Takkan benda sepenting ini, batalkan Ordinan Darurat tidak boleh diumumkan kepada rakyat?,” soalnya di Parlimen.

Susulan, itu beliau menggesa Perdana Menteri Muhyiddin Yassin menjelaskan perkara itu semasa sesi penggulungannya hari ini.

Terdahulu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang), Takiyuddin Hassan dilaporkan berkata, kerajaan tidak akan menasihati Agong untuk mengisytiharkan darurat baharu apabila ia tamat pada 1 Ogos.

Beliau turut memaklumkan Dewan Rakyat, kerajaan akan membatalkan semua Ordinan Darurat yang dibuat semasa ia diisytiharkan.

Makluman itu nyata mengundang kritikan ramai, bekas perdana menteri, Najib Razak awal hari ini menempelak kerajaan atas pembatalan Ordinan Darurat “backdated” kerana takut menghadapi undian di Dewan Rakyat.

Manakala, Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim pula mempersoalkan adakah pembatalan semua Ordinan Darurat itu sudah mendapat perkenan Agong.

Tiada ulasan: