"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Mayat lelaki bergelang kuarantin ditemui di Sungai Terengganu

Bernama

Mayat lelaki itu terapung kira-kira 50m dari darat dan dipercayai berada dalam air lebih dua hari. (Gambar JBPM)

KUALA TERENGGANU: Mayat seorang lelaki yang memakai gelang kuarantin berwarna putih ditemui terapung di Sungai Terengganu berdekatan Kampung Banggol Cempedak, di sini, hari ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Terengganu, Rozizah Abni Hajar berkata, pihaknya menerima panggilan daripada polis pada 2.37 petang tadi, sebelum enam anggota Unit Pasukan Penyelamat Di Air digerakkan ke lokasi.

“Ketika bomba tiba di lokasi, satu mayat lelaki terapung pada jarak kira-kira 50m dari darat. Mayat itu telah kembung dan dipercayai berada di dalam air lebih dua hari.

“Oleh kerana mayat itu memakai ‘gelang putih’, ia memberi risiko kepada anggota bomba yang menjalankan tugas. Anggota kita bersiap sedia dengan memakai peralatan perlindungan diri (PPE) dari mula hingga tamat operasi,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.

Rozizah berkata, mayat itu diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

Tiada ulasan: