"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Wanita ditemui maut selepas lima hari demam panas

MALAYSIA DATELINE

Demam panas sejak Hari Raya Aidiladha, 20 Julai lalu tetapi semalam sudah ditemui sudah tidak bernyawa.

Nik Nurjihan Nik Mahayuddin, 43, ditemui meninggal dunia akibat Covid-19 di rumahnya di Taman Sri Muda, Seksyen 25, Shah Alam, Selangor, semalam.

Jenazah bekas setiausaha kepada mantan Ketua Pegawai Operasi The New Straits Times Press (M) Bhd itu ditemui oleh abangnya yang ke rumahnya kira-kira jam 11 malam selepas tidak dapat dihubungi.

Adik arwah, Nik Yusrina, 39, berkata, abangnya kemudian menghubungi pihak hospital dan pegawai perubatan yang tiba di lokasi mengesahkan arwah sudah meninggal dunia.

“Kakak tinggal seorang diri dan dia ada beritahu demam panas sejak Hari Raya Aidiladha. Sehingga Jumaat lalu, kesihatan arwah masih belum baik,” lapor Harian Metro hari ini.

Beliau memberitahu ibu mereka ada menyuruh anak ketujuh daripada sembilan beradik itu mendapatkan rawatan di klinik.

Tambahnya, mereka setiap hari bertanyakan perkembangan kesihatan arwah. 

“Namun semalam dia tidak menjawab panggilan serta membalas WhatsApp, jadi abang ke rumah mencarinya sebelum dia ditemui sudah tidak sedarkan diri,” katanya.

Nik Yusrina berkata, jenazah kakaknya dibawa ke Unit Forensik Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang untuk ujian saringan Covid-19 dan bedah siasat untuk mengetahui punca kematian.

“Petang ini pihak hospital menghubungi saya mengesahkan arwah positif Covid-19. Kami masih menunggu maklumat mengenai tarikh dan waktu sebenar kematian kakak,” ujarnya.

Menurutnya, urusan jenazah dan pengebumian kakaknya akan disempurnakan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Tiada ulasan: