"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Exco, pensyarah didakwa salah guna kedudukan untuk kepentingan keluarga

MALAYSIA DATELINE

Sebuah laman web berpusat di Terengganu, Terengganu Report mendakwa, seorang Exco Kerajaan Negeri Terengganu menyalahgunakan kedudukannya untuk kepentingan keluarganya.

Laman itu mendakwa, exco berkenaan telah membuat usahasama dengan seorang pensyarah universiti tempatan bagi memajukan pelancongan di negeri itu.

Hasilnya, selepas pensyarah berkenaan melawat Turki, beberapa produk pelancongan telah ditubuhkan di Terengganu di mana keluarga kedua-dua pihak terbabit mempunyai kepentingan di dalamnya, lapor laman itu.

Menurut laman itu, hasil siasatannya, sebuah syarikat telah dibentuk mengambil sempena sebuah siri drama terkenal dari Turki, di mana anak lelaki exco berkenaan berumur 24 tahun dan anak perempuan pensyarah berkenaan berumur 21 tahun adalah pemilik kepada syarikat berkenaan.

Syarikat berkenaan pula telah menubuhkan sebuah cafe atau restoran, homestay mewah dan mengimport tepung gandum dari Turki.

“Restoran itu mula beroperasi pada 1 Mei 2021. Dalam tempoh dua hari beroperasi, kafe itu telah mendapat beberapa ‘projek’ daripada kerajaan negeri.

“Antaranya ialah Majlis Berbuka Puasa Bahagian Pembangunan Teknologi Maklumat Negeri pada 6 Mei, Majlis Moreh Santai Pusat Khidmat Masyarakat ADUN Alur Limbat pada 7 Mei, Majlis Berbuka Puasa Urusetia Penerangan Darul Iman (UPDI) pada 9 Mei dan Majlis Berbuka Puasa Jabatan Pelancongan Negeri pada 10 Mei.

“Apakah ‘conflict of interest’ dalam perkara ini?” tanya laman itu.

Tiada ulasan: