"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

PANAS!! Pas Terangganu arah jentera hidupkan markas, pasang bendera

MALAYSIA DATELINE

Pas Terengganu mengarahkan semua jentera pilihan raya di semua peringkat untuk mengambil langkah segera menghidupkan markas-markas Pas bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15.

Dalam satu surat yang ditandatangani Setiausaha Perhubungan Pas Negeri Terengganu Muhyidin Abdul Rashid mengarahkan agar persiapan awal mesti dilakukan semua jentera iaitu dengan membuka bilik gerakan atau operasi.

Selain memasang papan tanda cawangan atau markas, beliau turut mengarahkan jentera Pas untuk menaikkan bendera parti bagi persiapan PRU15 yang mungkin akan diadakan pada bila-bila masa sahaja.

Surat berkenaan diedarkan kepada Setiausaha Pas Kawasan, Majlis Tindakan DUN, Unit Daerah Mengundi dan Setiausaha Pas Cawangan.

Tiada ulasan: