"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Lagu kontroversi Baby Shima dengan lirik mengandungi unsur lucah sudah ‘hilang’ di YouTube

Harapandaily

Video muzik ‘Masuk Lagi’ dengan lirik didakwa mengandungi unsur lucah nyanyian Baby Shima didapati sudah tidak dapat diakses di platform YouTube.

‘Single’ berdurasi 4 minit 36 saat yang diterbitkan oleh Rusa Publishing Sdn Bhd itu sudah mencatat 441,000 tontonan sejak dimuatnaik pada 1 Disember lalu.

“Video tidak tersedia. Pemilik video tidak membenarkan video ini ditonton di negara anda,” menurut kenyataan pada paparan video itu.

Sebelum ini, lagu ciptaan Harry Khalifah dan lirik oleh Ajim Maze itu mencetuskan pelbagai reaksi hangat daripada masyarakat dan peminat seni.

Malah, Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) memandang serius penularan lirik lagu berunsur lucah, tidak senonoh serta bercanggah dengan nilai akhlak dan adab masyarakat khususnya yang memberi pengaruh negatif kepada generasi muda.

Menteri Hal Ehwal Agama, Dr Zulkifli Hasan berkata, semua penggiat seni, penerbit, pengkarya dan pihak berkaitan perlu mematuhi Garis Panduan Hiburan Dalam Islam (Edisi Kedua) yang telah diperakukan oleh Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan Kali Ke-107 pada Februari 2015.

Sementara itu, penyanyi dangdut senior, Haiza turut menasihatkan Baby Shima, 34, supaya tidak menormalisasikan lagu berunsur lucah sebaliknya mencari lirik yang mendidik.

Penyampai radio Kool FM itu juga menyifatkan lirik lagu terbaharu penyanyi berasal dari Johor Bahru berkenaan mengandungi unsur tidak baik yang tidak sesuai dengan budaya Malaysia.

Rata-rata netizen turut mengecam lagu dengan lirik tidak sesuai untuk semua peringkat umur itu.

“Lirik lagu tu memang tak elok langsung. Video muzik pun mengundang…

“Lagu tu tak sesuai dimainkan sebab bukan orang dewasa saja dengar, kanak-kanak juga dengar. Mesti diambil tindakan.

“Stesen radio dan TV tolonglah gam lagu-lagu yang berunsur negatif sebagai pengajaran,” demikian antara kata warganet.

Tiada ulasan: