KOSMO

Tangkap layar video menunjukkan beberapa anggota polis menghantar seorang wanita dan anaknya ke kampung halaman. - TikTok
JAKARTA – Pasukan polis di Cianjur, wilayah Jawa Barat terkejut apabila diminta oleh seorang wanita untuk menghantarnya ke kampung halaman selepas keletihan daripada perjalanan jauh, lapor portal berita Times Indonesia.
Wanita tersebut datang ke Balai Polis Cianjur sekitar pukul 2 pagi (waktu tempatan) selepas mengembara dari wilayah Aceh tanpa membawa telefon bimbit kelmarin.
Rakaman video dimuat naik di platform TikTok oleh akaun @samapta_cjr menunjukkan wanita itu memasuki kenderaan polis bersama anaknya yang berumur 2 bulan.
Mereka kemudian dihantar sampai ke pintu rumah.
“Polis Cianjur menegaskan bahawa kami akan sentiasa berada dalam apa jua keadaan termasuk situasi sukar atau memerlukan bantuan,” kata polis itu.
Rakaman itu mencatatkan lebih 500,000 tontonan dan menimbulkan pelbagai reaksi.
“Terima kasih ‘abang’ polis!” kata seorang netizen. – AGENSI
Tiada ulasan:
Catat Ulasan