Agensi
Pesawat jenis Airbus A350-900 Malaysia Airlines. - Foto fail NSTP
Paris: Juruterbang sebuah pesawat Airbus A350 Malaysia Airlines mengisytiharkan kecemasan sejurus selepas berlepas dari Lapangan Terbang Charles de Gaulle (CDG), Paris, semalam.
Penerbangan MH21 berlepas dari CDG pada jam 11.55 pagi waktu tempatan (CET), kira-kira 45 minit lewat daripada jadual asal berikutan keadaan salji di lapangan terbang berkenaan.
Pesawat Airbus A350 dengan pendaftaran 9M-MAB itu berlepas dari landasan 27L namun menghentikan pendakian pada ketinggian 4,572 meter.
Anak kapal kemudiannya mengisytiharkan kecemasan (kod squawk 7700) ketika berada di ruang udara tengah Perancis susulan masalah membabitkan sistem panduan pesawat.
Menurut laman sesawang penjejakan penerbangan, flightaware.com, pesawat berkenaan berpatah balik dan mendarat di CDG pada jam 3.36 petang waktu tempatan.
-hmetro

Tiada ulasan:
Catat Ulasan