"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Lubang gergasi muncul selepas bunyi berdentum

KOSMO!
Keadaan lubang gergasi yang muncul di kawasan sawah padi milik seorang penduduk. - Detik
JAKARTA – Penduduk sebuah kampung di 50 Kota, wilayah Sumatera Barat gempar apabila satu lubang gergasi muncul di kawasan sawah padi selepas mereka terdengar bunyi dentuman misteri, lapor laman berita Bangka Terkini hari ini.

Kejadian berlaku semalam di kawasan sawah milik penduduk bernama Adrolmios, 61.

Menurut Adrolmios, seorang saksi yang sedang bekerja di sawah ketika kejadian memberitahu bahawa dia mendengar bunyi dentuman yang amat kuat seperti letupan.

Selepas bunyi misteri itu reda, penduduk terkejut apabila mendapati satu lubang besar terbentuk di sawah padi, yang sebelum ini menunjukkan rekahan akibat musim kemarau yang panjang. 

Lubang yang pada mulanya muncul itu kemudian terus membesar dari segi diameter. 

Di dalam lubang tersebut, sebuah kolam air kelihatan yang dianggarkan sedalam sekitar 20 meter.

Ahli Geologi Sumatera Barat, Ade Edwar berkata, fenomena itu dipecayai adalah lubang benam.

Menurutnya, lubang gergasi itu berkemungkinan besar berkaitan dengan kehadiran batu kapur, yang merupakan sebahagian daripada gugusan bukit batu kapur di Halaban dan kawasan Loji Janakuasa Hidroelektrik (PLTA) Agam.

“Kajian lanjut diperlukan untuk mengesahkan sama ada ia sememangnya batu kapur. “Bagaimanapun, lubang benam adalah perkara biasa di kawasan yang mempunyai batu kapur atau kapur di bawahnya,” jelas Ade. – AGENSI 

Tiada ulasan: