"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Ambil dadah, 7 polis termasuk pegawai direman

FMT Reporters

PETALING JAYA: Dua pegawai dan lima anggota polis direman kerana disyaki terlibat penyalahgunaan dadah di sebuah kedai di Mentakab, kata Ketua Polis Pahang Yahaya Othman.

Katanya, semua mereka berusia lingkungan 20 hingga 40-an itu ditahan dalam serbuan pada 2.15 pagi, semalam.

“Saya mengesahkan tangkapan itu dan hasil ujian saringan awal air kencing mendapati seorang pegawai dan lima anggota positif dadah,” katanya kepada Bernama.

Beliau berkata, mereka kini direman hingga hari ini bagi siasatan mengikut Seksyen 12(3) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 15 (1)(a) akta sama.

Yahaya berkata, pihaknya tidak akan berkompromi dengan sebarang salah laku dan sekiranya didapati bersalah, penyelia mereka juga akan dikenakan tindakan.

Difahamkan, selain dua pegawai berpangkat inspektor dan lima anggota berpangkat koperal serta lans koperal itu, turut ditahan dua wanita Thailand dan seorang lelaki tempatan.

Tiada ulasan: