"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Lelaki hilang sejak Isnin ditemukan meninggal dunia di Tasik The Mines

Hafidzul Hilmi Mohd Noor
SERDANG: Seorang lelaki yang dilaporkan hilang pada 5 Januari lalu ditemui meninggal dunia di tasik The Mines, Seri Kembangan, semalam.

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Muhamad Farid Ahmad berkata, mayat ditemukan seorang pekerja Cruise The Mines sebelum melaporkan di Balai Polis Sungai Besi Indah, jam 2.25 petang.

“Hasil siasatan awal mendapati si mati adalah seorang lelaki berusia 44 tahun ditemui terapung di Tasik The Mines, Seri Kembangan dan dilaporkan hilang pada 5 November lalu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Muhamad Farid berkata, mayat dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Sultan Idris Shah Serdang Selangor bagi mengenal pasti punca kematian.

Katanya, kes diklasifikasi sebagai kematian mengejut (SDR).

Tiada ulasan: