Tajuddin Rasdi
Apa yang dibuat Muhyiddin Yassin menggelapkan semua segala kuasa politik sebelum ini.
Jarang sekali saya melihat suatu kuasa politik yang hebat dengan suatu pergerakan yang ‘sedikit sangat’ tetapi menggelupur musuh-musuh politik. Saya biasa melihat kekuasaan ‘mafia’ Dr Mahathir Mohamad dalam menghumban Anwar Ibrahim dalam penjara.
Ia memerlukan kerjasama ramai orang, yang di akhirat nanti tersusun panjang nak minta maaf pada Anwar. ‘Sorrylah’, dah terlambat masa tu. Kalau nak minta maaf, ketika orang yang dianiaya itu masih hidup.
Jangan harap nabi nak tolong. Kuasa Dr M itu tak berapa menghairankan di mana Dr M ketika itu raja segala raja dan berpegang kuasa mutlak. Kemudian, saya dapat lihat kuasa politik Anwar yang berjaya menjatuhkan BN.
Tetapi kuasa ini juga memerlukan ramai orang dan mengambil masa 20 tahun. Tetapi apa yang dibuat Muhyiddin Yassin menggelapkan semua segala kuasa politik sebelum ini. Hanya dengan coretan pena dan satu WhatsApp, musuh-musuh beliau menggelupur di atas tanah.
Kalau benarlah silat Melayu ada kuasa ‘pukul angin’ atau silat batin, inilah agaknya yang ditunjukkan oleh Muhyiddin. Walaupun beliau dikepung kiri oleh PAS dan dari kanan oleh geng Hamzah Zainudin, Muhyiddin dengan senyum sinis hantar satu WhatsApp, Saya letak jawatan sebagai pengerusi Perikatan Nasional dan ‘all hell broke lose’, kata orang putih.
Bagaimanakah Muhyiddin memerangkap kedua-dua Hadi Awang dan Hamzah dengan hanya coretan pena dan tulisan WhatsApp? Pertamanya, Muhyiddin telah menelanjangkan keangkuhan Hadi dan geng PAS semua.
PAS acap kali mengatakan yang mereka akan meneraju PN tetapi sampai hari ini pun tak nampak bayang-bayang si calon pengerusi mereka. Nak kata Hadi, Hadi tak larat. Sakitlah kita tahu. Nak suruh Sanusi Nor, beliau tolak terus terang tak ada tunggu-tunggu.
Sanusi ini orang pintar walau dulu saya anggap ‘a buffoon’. Saya kira orang yang paling cerdik politik dalam PAS adalah kawan kita Sanusi. Kalau suruh Dr Sam kita tahu dia pemimpin ala ‘office boy’, cuma orang suruhan Hadi. Kalau bagi kepada Tuan Ibrahim Tuan Man, ‘kut- kutlah’ orang antarabangsa gelakkan kita Malaysia tak tahulah. ‘So who is it Hadi?’ Nanti kami bincang katanya.
Bagaimana pula jentikan Muhyiddin boleh menewaskan Hamzah, seorang yang cukup kemaruk nak jadi PM? Kita tahu geng Hamzah seperti ‘2Wan + Saifudin’ tak penat-penat menobatkan Hamzah yang senyum sambil memberi isyarat kesetiaan kepada Muhyiddin.
‘Come on lah’. Kesetiaan politik hanya kepada kuasa, bukan wanita, bukan wang dan bukan nama. Pertama, PAS dah kata dia nak meneraju PN, dan sesiapa yang meneraju PN kemungkinan besar dialah ‘poster boy’ perdana menteri ‘in-waiting’.
So, tak ada ‘chancelah’ Hamzah kalau PAS pilih orang Hadi. Kedua, kalau PAS ‘reverse tactic’ dan menamakan Hamzah sebagai pengerusi PN, semua orang kampung akan tahu dia proksi Hadi, macam ‘office boy’ jugalah.
Senang Muhyiddin nak bisik pada orang Bersatu yang Hamzah ‘office boy’ Hadi. ‘Muhyiddin is nobody’s office boy’. Muhyiddin bijak dan licik sehingga menubuhkan Ikatan Prihatin Rakyat nak ‘rival’ Pakatan Harapan (PH) yang ‘multi-racial’. Hamzah tak fikir pun. Hadi lagilah tak reti.
Ramasamy, orang kuat penyokong sesiapa yang tak sokong PH dan Umno sudah memberi amaran kepada PAS bahawa kalau kepimpinan PN diberi kepada PAS, maka tidak ada orang bukan Melayu yang akan menyokong PN.
Ramasamy kecut dia tak dapat jadi menteri di bawah PN sebab dia dah suka nak kerjasama dengan Muhyiddin dalam IPR. Waythamoorthy senyap seribu bahasa. Saya tunggu juga suara beliau yang lantang dan keras tetapi cuit pun tak bunyi.
Nak jadi hal pula, di Perlis, orang PAS sendiri nak saman orang PAS mereka, speaker Dewan. Ketiga-tiga Adun PAS kini menjadi ‘rebel besar’ kepada PAS yang dulu nampak semua melutut pada Hadi sebagai ulama dan pemimpin ulung suci bersih.
Dalam Islam, kita tak sembah manusia, saya nak bagi tahu. Bila nabi wafat Umar macam tak terima kenyataan nabi dah tiada tetapi Abu Bakar kata kalau siapa sembah nabi, nabi dah tiada tetapi siapa menyembah Allah, Allah segar selamanya mahfum cerita.
Saya tidak pernah menyembah sesiapa setelah saya faham Islam. Saya tidak menyembah atau baiah parti, individu atau NGO berteras Islam. Saya juga tak akan ceraikan isteri saya yang seorang ini kalau saya lompat parti. Bodoh punya fahaman agama. Berbalik kepada Perlis, ramai anggap bahawa menteri besar baru tak akan bertahan lama tetapi dengan saman Adun ini, saya kira dah ‘checkmate’ PAS.
Inilah contoh kuasa politik seseorang yang veteran, pintar dan tidak bising macam kambing mengembek asyik suruh keluar daripada kerajaan perpaduan.
Dia hanya jentik dari beribu-ribu kilometer jauhnya tetapi kesan kepada musuh dan lawan dalam selimut adalah lebih daripada ledakan Gunung Pinatubo di Filipina. Satu dunia abuk gunung berapi itu bertebaran. Sama juga dengan PAS, PN dan Bersatu serta juga Umno yang akan kena tempias jentikan ‘ala batin’ perwira politik sebenar, Muhyiddin Yassin.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan