"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Syahir pemimpin Pas ‘mulut huduh’, kata Ketua Pemuda AMANAH Terengganu

SITI NUR ZAWANI

Ketua Pemuda AMANAH Terengganu, Zamir Ghazali mengkritik Ahli Parlimen Bachok, Syahir Sulaiman sebagai pemimpin Pas yang “bermulut huduh”.

Ia susulan kenyataan Syahir yang melabel AMANAH sebagai ‘Pak turut DAP dan kaki kabaret’.

Zamir berkata, Syahir sepatutnya menzahirkan idea-idea progresif dan berdebat dengan solusi yang kemas, bukannya membiarkan diri jatuh ke jurang politik kekanakkan dengan meratib DAP.

“Kenapalah standard politik anda jatuh sedemikian rupa. Ikhlas saya katakan, anda ada potensi bagus sebagai pemimpin politik di masa mendatang.

“Tetapi sayang, anda biarkan diri anda jatuh juga ke jurang politik keanakan dan memotretkan diri sebagai pemimpin bermulut huduh. 

“Terbawa juga bentuk politik ratib kelas rendah dan berwajah ‘musang’,” katanya dalam satu respon di Facebook.

Beliau juga menyamakan Syahir kini berada di satu level dengan tiga individu yang banyak melakukan kontroversi iaitu Mokhtar Senik, Papagomo dan Chegu Bard.

“Bab-bab ratib DAP ini, Syahir.. beri kepada walaun kahak hijau di bawah sudahlah untuk ratib siang malam. Takkanlah kelas anda pun di situ juga,” ujarnya 

Tiada ulasan: