KOSMO!

SEORANG wanita terjun dalam keadaan bogel dari sebuah kereta. - Foto UDN
TAIPEI – Seorang wanita di bandar New Taipei, Taiwan mengejutkan pemandu dan pejalan kaki selepas melompat keluar dari sebuah kereta dalam keadaan tidak berpakaian, lapor portal berita MSNews kelmarin.
Menurut akhbar United Daily News, kejadian berpunca daripada pertengkaran antara wanita terbabit dengan teman lelakinya. Kejadian berlaku sekitar pukul 6 petang (waktu tempatan), Jumaat lalu di Jalan Wenhua, berhampiran Stesen Transit Laju Massa (MRT) Xinpu.
Orang awam yang menyaksikan kejadian itu segera menghubungi polis.
Seorang anggota polis trafik yang kebetulan sedang melakukan kawalan jalan raya di kawasan berhampiran, bergegas ke lokasi kejadian.
Menurut portal berita CTWANT, polis mengambil pakaian dari dalam kereta peronda untuk menutup tubuh wanita tersebut kerana suhu ketika itu menurun hingga sekitar 10 darjah Celsius.
Selepas penilaian di lokasi, petugas-petugas kecemasan yang tiba di lokasi mendapati wanita dikenali sebagai Zheng itu berada dalam tekanan emosi.
Dia kemudian dibawa menaiki ambulans ke Hospital Memorial Far Eastern, di mana keadaannya kemudian dilaporkan stabil.
Zheng seterusnya berkata, dia tidak berhasrat untuk membuat laporan polis. – AGENSI
Tiada ulasan:
Catat Ulasan