FMT Reporters
PETALING JAYA: Bekas perdana menteri, Dr Mahathir Mohamad dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) pagi tadi untuk pemerhatian, selepas terjatuh di kediamannya.
Pembantunya, Suffi Yusoff, berkata Mahathir masih sedar ketika dikejarkan ke hospital dengan ambulans.
“Beliau terjatuh ketika bergerak dari satu bahagian balkoni ke ruang tamu seperti yang saya difahamkan,” katanya dalam mesej teks WhatsApp kumpulan media.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan