"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Wanita dakwa dirogol majikan, isteri jadi tukang rakam

Agensi

Jakarta: Seorang pekerja wanita berusia 22 tahun di Makassar, Sulawesi Selatan didakwa menjadi mangsa rogol majikannya.

Perbuatan suspek malah dirakam oleh isterinya sendiri.

Memetik laporan detikSulsel, pembantu mangsa, Alita Karen berkata, kejadian itu berlaku di rumah suspek di wilayah Barombong pada 1 dan 2 Januari lalu.

Mangsa dikatakan dikurung oleh isteri suspek dan dipaksa mengadakan hubungan intim.

"Mangsa dipaksa bersetubuh oleh isteri suspek dan kemudian dirakam," kata Alita Karen kepada wartawan ketika menemani mangsa membuat laporan di Polrestabes Makassar, Sabtu lalu.

Beliau yang juga Setiausaha Yayasan Pemerhati Masalah Wanita (YPMP) Sulsel itu mendedahkan bahawa mangsa dikurung dan dirogol sebanyak dua kali di dalam bilik suspek.

"Sebanyak dua kali kejadian berlaku. Pada kali pertama, telefon bimbit masih disembunyikan di dalam almari, namun dalam keadaan sedang merakam.

"Kemudian bagi kali kedua pula, isteri suspek terus merakam sendiri. Jadi proses persetubuhan itu dirakam secara langsung, maka terdapat dua rakaman," katanya.

Dalam pada itu, Ketua Jabatan Pemerkasaan Wanita dan Perlindungan Kanak-kanak (PPPA) Makassar, Ita Isdiana Anwar memaklumkan, pihaknya sudah memberikan pembantu kepada mangsa.

Pada masa ini, pihaknya masih menjalankan penilaian terhadap mangsa.
-hmetro 

Tiada ulasan: