"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Wanita acu pisau, lawan 13 polis

KOSMO
Tangkap layar video menunjukkan wanita itu cuba menyerang pasukan polis dengan pisau di Hong Kong semalam. - Facebook
HONG KONG – Seorang wanita ditahan kerana menyerang anggota polis dengan pisau selepas gagal membuat pembayaran melalui telefon bimbitnya di sebuah restoran di Hong Kong, lapor portal berita Must Share News. 

Kejadian berlaku sekitar pukul 12.14 tengah malam (waktu tempatan) di Sheung Shui, semalam. 

Rakaman video dimuat naik di platform XiaoHongShu menunjukkan wanita itu berdiri dalam restoran sambil memegang sebilah pisau, manakala tangan kirinya memegang gunting. 

Selepas pasukan polis membuka pintu restoran, suspek segera berlari ke arah mereka sambil mengacukan senjata tajam itu. 

Suspek akhirnya ditahan selepas ditumpaskan oleh kira-kira 13 pegawai polis di tempat kejadian. 

“Suspek dikenali sebagai Liu, 32, tiba di Hong Kong dari Vietnam kelmarin. Dia cuba membuat pembayaran menggunakan aplikasi WeChat tetapi gagal kerana telefon bimbitnya kehabisan bateri. 

“Pemilik restoran menyuruh suspek untuk mengecas telefonnya di dalam kedai, namun emosinya tiba-tiba tidak terkawal,” kata polis. – AGENSI

Tiada ulasan: