"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Adun Bersatu Razali Idris didenda RM2,000 kerana menghasut

Malaysiakini 
story-image
Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini menjatuhkan hukuman denda RM2,000 ke atas Adun Kijal, Razali Idris, kerana membuat kenyataan berbaur hasutan dalam ucapannya tiga tahun lalu.

Hakim Norma Ismail ketika mensabitkan Razali atas kesalahan itu selepas memutuskan bahawa dia gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan dalam pembelaannya.

Pada 10 Nov 2023, pemimpin Bersatu itu didakwa atas satu pertuduhan menghasut berhubung kenyataan yang dibuatnya semasa program PRK di Padang Astaka Chukai, Kemaman, Terengganu.

Dia didakwa mempersoalkan perbezaan layanan yang diterima oleh Timbalan Perdana, Menteri Ahmad Zahid Hamidi dan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, selepas Zahid dilepas tanpa dibebaskan daripada 47 pertuduhan rasuah. Syed Saddiq pula disabitkan dengan kesalahan pecah amanah jenayah.

Hakim Norma juga memerintahkan Razali yang juga adalah exco kerajaan negeri Terengganu menjalani hukuman penjara tiga bulan sekiranya gagal membayar denda tersebut.

Tiada ulasan: