"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Bekas Panglima Tentera Darat dan dua isteri antara lima ditahan SPRM

Siti Khadijah Jaafar

KUALA LUMPUR: Bekas Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Muhammad Hafizuddeain Jantan bersama dua isteri ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia SPRM berkait projek perolehan tender Tentera Darat Malaysia (TDM).

Turut ditahan sepasang suami isteri yang disyaki bersubahat melarikan RM2.4 juta.

Lima tangkapan itu disahkan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki kepada Buletin TV3.

Terdahulu, kenderaan membawa Tan Sri Muhammad Hafizuddeain dan isterinya memasuki perkarangan ibu pejabat SPRM di Putrajaya jam 3 petang tadi.

“Sehingga 7 petang kita telah menahan Panglima Tentera Darat (bekas), yang kedua dua wanita yang merupakan isterinya dan yang ketiga semalam kita ada menahan seorang lelaki Melayu bersama isterinya disyaki bersubahat melarikan RM 2.4 juta”, katanya.

SPRM akan memohon reman ke atas bekas Panglima Tentera Darat dan dua isterinya esok.

Sebelum ini, SPRM memaklumkan, bekas PTD itu dikehendaki memberi keterangan 28 disember lalu, namun tidak dapat berbuat demikian kerana dimasukkan ke hospital.

SPRM juga hadir ke Kementerian Pertahanan pada 23 Disember lalu bagi memulakan siasatan awal terhadap beberapa projek melibatkan tentera darat sejak tahun 2023.

29 Disember lalu pula, Tan Sri Azam berkata pihaknya menyita enam akaun bank milik pegawai itu dan ahli keluarganya bagi membantu siasatan.

Dua hari sebelum itu, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin mengesahkan Tan Sri Muhammad Hafizuddeain diarahkan bercuti berkuat kuasa serta-merta sehingga siasatan kes yang dilaporkan terhadap beliau selesai.

Tiada ulasan: