"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Bot pelancong karam 2 minggu lalu ditemui bersama mayat warga Sepanyol

BuleTinTV3
Foto fail AFP
Foto fail AFP
MAUMERE: Pasukan penyelamat Indonesia berjaya mengesan bot pelancong yang dilaporkan karam hampir dua minggu lalu di perairan timur negara itu, selain menjumpai mayat seorang lagi mangsa warga Sepanyol.

Ketua agensi mencari dan menyelamat tempatan, Fathur Rahman berkata, bot terbabit dikesan pada Selasa, kira-kira 14 kilometer dari lokasi nahas di Selat Pulau Padar, berhampiran Labuan Bajo.

Beliau memaklumkan mayat mangsa dikenal pasti selepas seorang nelayan melaporkan penemuan jasad bersama bot yang tenggelam.

Mayat berkenaan sudah dihantar ke hospital bagi tujuan pengecaman.

Dalam kejadian pada 26 Disember lalu, tujuh penumpang berjaya diselamatkan, manakala empat warga Sepanyol dilaporkan hilang.

Setakat ini, mayat bapa berusia 44 tahun, Fernando Martin Carreras, yang juga jurulatih bola sepak, serta seorang anaknya sudah dikenal pasti, manakala isteri dan seorang lagi anak mereka terselamat.

Dalam pada itu, operasi mengesan seorang lagi kanak-kanak daripada keluarga sama akan diteruskan hari ini.

Indonesia yang mempunyai kira-kira 17,000 pulau sering berdepan insiden maritim akibat faktor keselamatan dan keadaan laut bergelora.

Tiada ulasan: