✍️ Ahmad Mursi
1. PRU13, UMNO dapat 88 seat - Masih dapat undi bukan Melayu.
2. PRU14, UMNO 54 seat - Hilang undi bukan Melayu, bertahan di kerusi majoriti Melayu. Selepas tu ada 16 lompat ke BERSATU berbaki 38.
3. PRU15, UMNO 26 kerusi – 28 kerusi dirampas oleh BERSATU (19), PAS (8) dan Bebas (1). Kempen sentimen kaum dan agama berada pada tahap maksimum.
4. Kalau UMNO nak kuat semula, sasaran sebenar ialah kerusi yang dirampas BERSATU dan PAS ini, tak banyak kaitan dengan PH.
5. Mungkin melalui rundingan UMNO boleh ambil semula 8 kerusi PAS, tetapi 18 kerusi BERSATU perlu dilawan:
P001 Padang Besar (BERSATU)
P003 Arau (PAS)
P007 Padang Terap (PAS)
P032 Baling (PAS)
P026 Ketereh (BERSATU)
P027 Tanah Merah (BERSATU)
P029 Machang (BERSATU)
P030 Jeli (BERSATU)
P031 Gua Musang (BERSATU)
P033 Besut (PAS)
P038 Hulu Terengganu (BERSATU)
P041 Kepala Batas (PAS)
P042 Tasek Gelugor (BERSATU)
P054 Gerik (BERSATU)
P056 Larut (BERSATU)
P058 Bagan Serai (BERSATU)
P059 Bukit Gantang (BERSATU)
P061 Padang Rengas (BERSATU)
P067 Kuala Kangsar (BERSATU)
P069 Parit (PAS)
P073 Pasir Salak (PAS)
P092 Sabak Bernam (BERSATU)
P114 Labuan (BERSATU)
P125 Putrajaya (BERSATU)
P134 Masjid Tanah (BERSATU)
P139 Jasin (PAS)
P167 Kudat (BEBAS)
P183 Beluran (BERSATU)
6. Seat ni berpotensi untuk dirampas, jika PHBN vs PN satu lawan satu, bukan 3 penjuru. Formula ni dah terbukti di banyak PRK zaman Madani ni dan BN berjaya rampas.
7. Banyak seat BERSATU lain boleh dirampas termasuk Pagoh. PN 25k undi, PH 15k, BN 14k.
8. Oleh kerana kini Akmal berkempen nak menangi undi Melayu dan TINGGALKAN undi bukan Melayu, maka seat PKR, DAP dan AMANAH bukanlah seat berpotensi kerana jumlah pengundi bukan melayu yang siginifikan.
9. Akmal boleh cuba nasib letak calon pemuda UMNO di 40 seat DAP. Ada yang menang majoriti ratus ribu.
10. Rakyat Sabah dan Sarawak pula tak suka politik identiti yang melampau. Kaum Bumiputera di sana, tak anggap diri mereka Melayu dan tak faham kenapa nak pejuangkan hal Melayu sahaja.
11. Sebab tu, apa yang Akmal cuba buat ni, boleh penuhi ego dia dan political master-nya, tapi dari segi real politics dan matematik, kira la macam mana pun, itu cara membunuh UMNO.
12. Akhirnya, siapa yang belit, siapa yang kena belit? PAS yang dapat hasil tawan negeri Melayu, sekutu dia tersontot walaupun banyak bagi duit pada PAS. Itulah yang terkena pada BERSATU.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan