"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Syam Ghaz dilantik ketua pengarah Jkom

N Faizal Ghazali
story-image
Aktivis politik Mohd Hisyamuddin Ghazali atau lebih dikenali sebagai Syam Ghaz dilantik sebagai Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (Jkom) yang baru, berkuat kuasa hari ini.

Perkara itu disahkan Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil ketika berucap dalam majlis perhimpunan bulanan warga Kementerian Komunikasi, sebentar tadi.

Syam menggantikan Ismail Yusop yang menamatkan perkhidmatan pada Jumaat lalu.

Ismail individu ketiga menerajui agensi berkenaan sejak pentadbiran kerajaan Madani mengambil alih Putrajaya.

Semalam, bekas ahli Dewan Negara daripada PKR yang dikenali dengan gelaran Tok Abah itu mengesahkan kepada Malaysiakini perkhidmatannya ditamatkan lebih awal kerana bakal menggalas tanggungjawab baru.

Tiada ulasan: