"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Warga asing selamba jual jagung keju depan KLCC

MOHD. FAHMI ISMAIL
Tangkap layar warga asing menjual jagung keju di bahu jalan berhampiran KLCC
PETALING JAYA – Tindakan seorang warga asing yang didakwa berniaga jagung keju secara terbuka di kawasan sekitar KLCC mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan netizen yang mempersoalkan tahap penguatkuasaan pihak berkuasa tempatan.

Menerusi satu perkongsian di Threads, individu berkenaan dilihat menjual jagung keju di lokasi tumpuan orang ramai sehingga mencetuskan persoalan sama ada peniaga terbabit memiliki permit sah untuk menjalankan perniagaan.

“Selamba berniaga jagung cheese depan mata, seolah-olah langsung tak takut tindakan. Ramai tertanya-tanya, diorang ni memang kebal ke macam mana?.

“Ada yang kata suasana sekarang dah macam berada di negara lain. Ke mana-mana pergi, terutama sekitar Kuala Lumpur, terlalu ramai warga asing sampai ramai mula persoalkan apa sebenarnya yang sedang berlaku,” tulis pemilik hantaran tersebut.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial meluahkan rasa tidak puas hati dan mendakwa berlaku layanan berbeza terhadap peniaga tempatan.

“Mana Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL)? Sebab selalu juga nampak video penguatkuasa DBKL rampas jualan orang tempatan terutama Melayu,” soal sitinurhalindanordin.

“Orang asing boleh berniaga ikut suka hati, ada permit atau tidak. Orang tempatan siap kena halau, kena maki dan kena hentam. DBKL? Hadui, fikir sendiri lah,” tulis shazril1044.

Kosmo! kini sedang mendapatkan pengesahan daripada pihak DBKL berhubung kes yang tular itu. – KOSMO! ONLINE

Tiada ulasan: