MUHAMMAD ZIKRI
PONTIAN – Seorang pelajar perempuan berusia 17 tahun cedera selepas terjatuh dari tingkat empat sebuah sekolah persendirian Cina, di sini.
Ketua Polis Daerah Pontian, Superintendan Hadzrat Hussein Mion Hussain berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian yang berlaku pada pukul 9 pagi, hari ini.
“Siasatan awal mendapati tiada unsur buli atau jenayah yang menyebabkan mangsa terjatuh namun kes berkenaan masih dalam siasatan lanjut,”katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.
Sementara itu, pihak pengurusan sekolah memaklumkan mekanisme tindak balas kecemasan telah diaktifkan sebaik sahaja kejadian berlaku sebelum ambulans dihubungi bagi membawa pelajar terbabit ke hospital untuk mendapatkan rawatan.
Difahamkan, mangsa terjatuh dari tingkat empat bangunan sekolah sebelum menembusi laluan berbumbung dan mendarat di kawasan bawah.
Pihak sekolah memberitatu, ibu bapa pelajar turut dimaklumkan mengenai kejadian itu dan laporan polis telah dibuat bagi membantu siasatan lanjut. – KOSMO! ONLINE
Tiada ulasan:
Catat Ulasan