NORLIDA AKMAR IDROS

KEADAAN Proton X50 selepas bertembung dengan sebuah lori di Jalan Pinang Tunggal, Sungai Petani hari ini.
SUNGAI PETANI – Enam maut, manakala seorang lagi parah selepas kenderaan utiliti sukan (SUV) jenis Proton X50 yang mereka naiki bertembung dengan sebuah lori di Kampung Baru Pinang Tunggal di sini hari ini.
Mangsa maut ialah pemandu, Ahmad Shafiq Ahmad Shukri, 27, serta lima penumpang iaitu Nora Mhd Husin, 55; Jamaliah Sannusi, 27; Ahmad Fahim Ahmad Shukri, 21, serta seorang kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun dan bayi berusia enam bulan.
Mangsa yang parah dikenali sebagai Aulia Sofea Ahmad Shafiq, 3,
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Tikam Batu, Penolong Penguasa Bomba Fauzi Shuaib berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian pada pukul 3.46 petang tadi.
“Setibanya di lokasi kejadian didapati berlaku kemalangan melibatkan sebuah Proton X50 dan lori muatan tanah yang berlanggar dari arah bertentangan.
“Terdapat tujuh mangsa di dalam Proton X50 dengan enam daripadanya meninggal dunia di lokasi kejadian, manakala seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun yang cedera parah dikejarkan ke hospital dengan ambulans,” katanya di sini hari ini.
Kata beliau, mangsa yang tersepit di dalam SUV dikeluarkan menggunakan peralatan khas.
Tambahnya, pemandu lori tidak mengalami sebarang kecederaan. – KOSMO! ONLINE
Tiada ulasan:
Catat Ulasan