"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Singapura ada masalah macam ini ke?: Kilang, premis gaji warga asing digempur imigresen

HARRITH HISHAM
Antara warga asing yang diperiksa pihak imigresen dalam operasi penguatkuasaan di Jalan Sungai Rasau, hari ini.
KLANG – “Saya baru sahaja mula kerja di sini sebab kerja kontraktor sudah tamat.”

Itu antara alasan diberikan seorang warga asing yang dikesan menyalahgunakan permit kerja dalam operasi penguatkuasaan di sebuah premis di Jalan Sungai Rasau, di sini hari ini.

Difahamkan lelaki berusia 30-an itu didapati menggunakan permit kerja tapak pembinaan di premis berkenaan, sekali gus menjadi kesalahan di bawah Akta Imigresen.

Menurut Jabatan Imigresen (JIM) Selangor, serbuan bermula pukul 3 petang itu dijalankan susulan risikan dan aduan yang diterima sebelum ini.

Katanya, dalam serbuan di lokasi pertama iaitu sebuah kilang di kawasan perindustrian Sungai Rasau, seramai tujuh warga asing ditahan hasil pemeriksaan 48 individu.

Bagi pemeriksaan kedua di lokasi berhampiran, sebuah premis yang dipercayai menggajikan pekerja asing menyaksikan empat individu diperiksa dengan kesemuanya ditahan.

“Kesemua 11 individu yang ditahan terdiri daripada enam warga Myanmar, empat Bangladesh dan seorang India,” katanya hari ini.

Mereka dipercayai melakukan kesalahan di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 kerana tidak memiliki dokumen perjalanan atau pas yang sah.

Wartawan Kosmo! yang mengikuti operasi tersebut mendapati keadaan sepanjang pemeriksaan terkawal dan tiada sebarang kejadian tidak diingini berlaku.

Kesemua individu yang diperiksa turut memberikan kerjasama kepada pihak berkuasa bagi melancarkan proses dokumentasi dan semakan permit kerja. – KOSMO! ONLINE

Tiada ulasan: