"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Iran lancar peluru berpandu terhadap Israel

Buletin TV3 

BAITULMAQDIS: Iran semalam melancarkan peluru berpandu ke arah Israel, sekali gus menandakan serangan pertama seumpamanya sejak gencatan senjata berkuat kuasa pada April lalu.

Serangan itu mencetuskan siren amaran serangan udara di beberapa kawasan di Israel, namun tentera rejim Zionis mendakwa semua peluru berpandu yang dilancarkan berjaya dipintas tanpa mengakibatkan sebarang kemalangan jiwa.

Pasukan elit Kor Pengawal Revolusi Iran (IRGC) menyifatkan tindakan itu sebagai amaran susulan serangan Israel di pinggir selatan Beirut, Lubnan, pada hari sama.

Tehran turut memberi amaran bahawa ia tidak akan teragak-agak mengambil tindakan lebih meluas sekiranya Israel terus melakukan pencerobohan. Gencatan senjata yang berkuat kuasa pada 8 April lalu bertujuan menghentikan pertempuran besar antara Iran dengan musuh utamanya, Israel dan Amerika Syarikat (AS), namun usaha menjadikannya sebagai penyelesaian kekal masih berdepan pelbagai halangan.

Perkembangan terbaharu itu dilaporkan mendorong Presiden AS, Donald Trump, menghubungi Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu bagi menasihatkannya supaya tidak melancarkan serangan balas.

Israel menyifatkan serangan itu sebagai satu kesilapan besar, manakala Ketua Tentera Israel, Leftenan Jeneral Eyal Zamir, menegaskan tenteranya bersedia menyerang musuh dengan kekuatan penuh sebaik menerima arahan.

Tehran pula menegaskan sebarang perjanjian bagi menamatkan perang secara kekal mesti merangkumi penghentian konflik di Lubnan, di mana Israel masih meneruskan operasi ketenteraan terhadap Hizbullah yang disokong Iran.

Tiada ulasan: