KOSMO!

Gambar yang dikongsi pengguna memaparkan kepala haiwan tersebut dibuang berhampiran tong sampah di Kampung Joh, Machang.
PETALING JAYA – Orang ramai terkilan dengan perbuatan individu tidak bertanggungjawab membuang kepala babi berhampiran tong sampah milik pihak berkuasa tempatan di Machang, Kelantan.
Menerusi perkongsian di laman Facebook Info Warga Machang, kepala haiwan tersebut diletakkan diluar tong sampah dan tindakan itu sekali gus akan menyusahkan pekerja pembersihan yang rata-ratanya beragama Islam.
“Non muslim, tolong peka, yang bekerja angkat sampah semuanya muslim,”tulis perkongsian itu.
Difahamkan, kejadian tersebut berlaku di sebuah kawasan di Kampung Joh, daerah tersebut.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna mengecam tindakan tersebut yang seolah-olah tidak cakna dengan keadaan sekeliling serta tidak menghormati perasaan penduduk setempat.
“Jenis penting diri sendiri, acu (tolong) peka keadaan sekeliling semuanya Islam, non muslim (bukan Islam) sikit je, janganlah buat perkara yang orang muslim marah,”tulis Zamri Zam.
Turut meninggalkan komen adalah seorang lagi pengguna dikenali sebagai Abey Dio.
“Sian ke bangsa Melayu yang kerja kutip sampah, jadi hamba di bumi sendiri,”katanya.-KOSMO! ONLINE
Tiada ulasan:
Catat Ulasan