"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Kelantan: Hasrat 4 PATI pulang ke Indonesia tidak kesampaian setelah ditahan PGA

Nor Fazlina Abdul Rahim
Empat PATI warga Indonesia ditahan di pangkalan haram Madrasah pagi tadi. – Foto PGA
RANTAU PANJANG: Hasrat empat pendatang asing warga Indonesia termasuk seorang wanita untuk pulang ke negaranya menggunakan pangkalan haram tidak kesampaian sebelum ditahan Pasukan Gerakan Am (PGA) pagi tadi.

Kesemua mereka yang berusia 31 hingga 40 tahun itu ditahan menerusi Op Taring Wawasan jam 7.45 pagi tadi di pangkalan haram Madrasah, di sini.

Komander Briged Tenggara PGA, Senior Asisten Komisioner Ahmad Radzi Hussain berkata, ketika rondaan dilakukan, pihaknya mengesan empat individu iaitu tiga lelaki dan seorang wanita warga Indonesia berada di tebing pangkalan haram dalam keadaan mencurigakan.

“Pemeriksaan mendapati, kesemua mereka berada di negara ini melebihi tempoh masa yang ditetapkan dan tiada cop keluar masuk ke Malaysia melalui jalan yang diwartakan.

“Mereka dipercayai masuk ke Malaysia sejak 2012 hingga 2024 dengan bekerja sebagai buruh dan pembantu rumah.

“Kesemua mereka baru sahaja sampai dari Kuala Lumpur ke Kelantan dengan menaiki bas sebelum menuju ke pangkalan haram bertujuan untuk pulang ke Indonesia dengan penerbangan daripada Bangkok, Thailand ke Surabaya, Indonesia,” katanya menerusi kenyataan di sini hari ini.

Katanya, polis turut merampas lima telefon bimbit dan kes disiasat mengikut Seksyen 6(1)(c)Akta Imigresen 1959.

“Tangkapan dan rampasan diserahkan kepada IPD Pasir Mas untuk tindakan lanjut,” katanya.

Tiada ulasan: