KOSMO!

SEORANG gadis remaja lemas selepas terjatuh ketika sedang bergambar di tepi tebing Apparalang. - dok. Istimewa
JAKARTA – Nasib malang menimpa seorang gadis berumur 17 tahun apabila dia terjatuh ketika bergambar di sebuah tebing, lapor portal berita detiksulsel.
Mangsa kemudian disahkan meninggal dunia akibat lemas. Kejadian berlaku di kawasan pelancongan Apparalang di Bulukumba, wilayah Sulawesi Selatan.
Pegawai tempatan, Andi Hasbullah berkata, mangsa yang dikenali sebagai Elmi Febrianti, terjatuh kira-kira pukul 2.30 petang (waktu tempatan) kelmarin.
Ketika kejadian, Elmi bersama rakannya pergi ke sudut tumpuan untuk bergambar di Tebing Apparalang.
Bagaimanapun, ombak besar tiba-tiba membadai, menyebabkan dia terjatuh ke dalam laut.
“Punca kejadian adalah kerana terkena hempasan ombak di pinggir tebing, yang menyebabkan mangsa terjatuh,” kata Hasbullah.
Detik cemas itu turut dirakam kamera, manakala videonya tular di media sosial.
Pasukan mencari dan menyelamat menemui Elmi pada hari yang sama.
Mangsa ditemukan sudah meninggal dunia. – AGENSI
Tiada ulasan:
Catat Ulasan