"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Polis tahan, reman ibu 2 beradik dipercayai terjatuh dari tingkat 12

FMT Reporters

PETALING JAYA: Polis telah menahan ibu dua beradik yang dipercayai terjatuh dari tingkat 12 sebuah pangsapuri di Tampoi semalam.

Ketua Polis Johor Ab Rahaman Arsad berkata, bertindak atas maklumat, sepasukan polis daripada Bahagian Siasatan Jenayah IPD Johor Bahru Utara menahan wanita warga asing itu di sekitar Tampoi pada 12 tengah hari.

Wanita berusia 37 tahun itu kemudian direman selama empat hari bermula hari ini, tambahnya.

“Semakan mendapati suspek tidak mempunyai sebarang rekod jenayah lampau dan hasil ujian saringan awal air kencing yang dijalankan juga didapati negatif,” katanya dalam kenyataan, lapor Bernama.

Terdahulu dilaporkan seorang budak perempuan berusia 8 tahun maut, manakala abangnya berusia 10 tahun cedera parah selepas dipercayai terjatuh di sebuah pangsapuri semalam.

Menurut Ketua Polis Johor Bahru Utara Radin Ramlan Radin Taha, mangsa yang maut ditemukan di aras tujuh pangsapuri itu pada 7.59 pagi, diikuti abangnya selang seminit kemudian.

Insiden tragis itu turut tular selepas pengguna media sosial memuat naik gambar dan video di lokasi kejadian.

Mengulas lanjut, Ab Rahaman berkata, beberapa saksi turut dipanggil untuk dirakam keterangan bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.

“Punca sebenar dan motif kejadian masih dalam siasatan, dan kita percaya tangkapan ke atas ibu mangsa akan merungkai punca sebenar insiden,” katanya.

Tiada ulasan: