"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Tular Myvi langgar budak berbasikal, pemandu sudah ditahan - Polis

Suharmin Yusuf
suharmin.yusuf@hmetro.com.my
RAKAMAN video kamera papan pemuka tular yang memaparkan kemalangan membabitkan sebuah kereta dan seorang penunggang basikal di Jalan Wirawati 5, Kampung Pandan, hari ini.
RAKAMAN video kamera papan pemuka tular yang memaparkan kemalangan membabitkan sebuah kereta dan seorang penunggang basikal di Jalan Wirawati 5, Kampung Pandan, hari ini.
Kuala Lumpur: Polis menahan pemandu Perodua Myvi yang tular melanggar seorang kanak-kanak berbasikal sebelum melarikan diri di Jalan Wirawati 5, Kampung Pandan, di sini, hari ini.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT)Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Mohd Zamzuri Mohd Isa berkata, lelaki berusia 45 tahun itu ditahan hasil maklumat dan siasatan dijalankan susulan video kejadian yang tular di media sosial.

Katanya, kejadian berlaku jam 7.26 pagi hari ini, membabitkan sebuah kereta Perodua Myvi berwarna oren dan penunggang motosikal kanak-kanak lelaki menunggangyang belum dikenal pasti identiti.

"Kemalangan dipercayai berlaku ketika pemandu membelok keluar simpang ke kanan lalu melanggar bahagian belakang basikal sehingga mangsa terjatuh di atas jalan raya.

"Pemandu dipercayai meninggalkan lokasi kejadian tanpa berhenti," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, hasil maklumat dan siasatan lanjut, pemandu terbabit dan pemilik kenderaan berjaya dikesan dan hadir ke balai polis bagi membantu siasatan.

Katanya, semakan lanjut mendapati pemandu itu menggunakan kenderaan milik adiknya dan pemegang kad orang kurang upaya (OKU) kategori ketidakupayaan mental serta mempunyai lesen memandu yang masih aktif.

"Kecederaan penunggang basikal masih belum dapat dipastikan.

"JSPT menyeru kepada ahli keluarga mangsa penunggang basikal untuk hadir membuat laporan polis bagi membantu siasatan," katanya.

Mohd Zamzuri berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

"Orang awam yang menyaksikan kejadian termasuk pemilik rakaman video kamera papan pemuka (dashcam) diminta tampil ke balai polis berhampiran atau menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Hazman di talian 019-208 9005 bagi membantu siasatan," katanya.

Tiada ulasan: