"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Lima suspek direman 14 hari siasat kes culik lelaki

MUHAMMAD AYMAN GHAFFA
Anggota polis membawa empat lelaki untuk permohonan reman di Mahkamah Majistret Pasir Mas hari ini. Foto oleh KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN
PASIR MAS – Lima individu termasuk seorang wanita direman 14 hari bagi membantu siasatan berhubung kes culik seorang lelaki di Tumpat dekat sini pada Jumaat lalu.

Perintah reman yang bermula hari ini hingga 21 Jun terhadap kesemua suspek yang berusia dalam lingkungan 20-an hingga 30-an itu dikeluarkan oleh Majistret Syed Farid Syed Ali.

Perintah reman itu bagi membolehkan pihak polis melakukan siasatan mengikut Seksyen 12 Akta Penculikan 1961.

Terdahulu, kesemua suspek yang memakai baju lokap berwarna ungu tiba di pekarangan Kompleks Mahkamah Pasir Mas di sini untuk permohonan reman kira-kira pukul 8.50 pagi tadi.

Difahamkan, kesemua suspek yang ditahan semalam dipercayai menculik seorang lelaki berusia 51 tahun dengan menggunakan senjata api.

Kejadian itu menyebabkan banyak sekatan jalan raya dijalankan oleh pihak polis terutamanya di sekitar Pasir Mas, Tumpat dan Kota Bharu untuk memburu suspek. – KOSMO!

Tiada ulasan: