KOSMO!

Keadaan banjir kilat yang berlaku di Jalan Genting Klang, Kuala Lumpur petang ini.
PETALING JAYA – Hujan lebat yang melanda ibu negara petang ini mengakibatkan kawasan sekitar Jalan Genting Klang di sini dilaporkan dilanda banjir kilat.
Menerusi klip video yang tular di Threads, paras air dilihat mula meningkat di kawasan sebuah stesen minyak serta sebahagian laluan jalan raya.
“Hujan besar lagi, macam nak banjir dah. Di Jalan Genting Klang lagi,” kata Brian Lee dalam hantaran di Threads sebentar tadi.
Sementara itu, Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) dalam kenyataan memaklumkan ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka melanda beberapa kawasan di seluruh negara sehingga pukul 7 malam ini.
Antara kawasan terlibat ialah seluruh Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya serta Gombak, Hulu Langat, Petaling dan Sepang di Selangor.
Amaran sama turut melibatkan beberapa kawasan di Pahang, Negeri Sembilan dan Sarawak. – KOSMO! ONLINE
Tiada ulasan:
Catat Ulasan