Kow Gah Chie
Presiden PKR Anwar Ibrahim sekali lagi menggesa pengundi di Gombak agar "mencampak" bekas timbalannya, Azmin Ali dari kerusi Parlimen itu, yang dipegangnya sejak 2008.
Berucap di depan kira-kira 5,000 hadirin di ceramah mega PH di Gombak malam tadi, Anwar berkata dia ingin melihat Azmin, yang digelarnya sebagai "pengkhianat", kalah teruk dalam PRU15 agar menjadi pengajaran di masa akan datang.
"Saya chief (PH) dan saya cakap yang khianat mesti diterajang keluar dari Gombak."
Anwar juga membangkitkan kisah "Si Kitol" iaitu watak yang dikaitkan dengan kejatuhan kesultanan Melayu Melaka di tangan Portugis pada abad ke-16.
"Si Kitol disula sampai mati. Saya (hanya) bagi contoh sejarah, sebab sejarah Melayu ajar kita supaya jangan khianat. Saya tanya seorang Cina kalau khianat apa jadi? (Jawapannya) dipancung sampai mati.
"Kita (tentunya) tak akan sula, bakar rumah. Tapi kita akan campak Azmin Ali dari Gombak. Biar ia jadi pengajaran kepada anak-anak Melayu di masa akan datang, jangan terima orang khianat amanah," katanya lagi.
Pada 2020, Azmin dan sembilan ahli parlimen PKR meninggalkan parti itu di tengah-tengah kejatuhan pentadbiran PH. Kebanyakannya menyertai Bersatu yang membentuk kerajaan baru pimpinan Muhyiddin Yassin.
'Langkah Sheraton bukan khianat'
Antara naratif kempen Azmin pada PRU15 adalah menyatakan Langkah Sheraton bukan pengkhianatan terhadap mandat rakyat.
Menyasarkan Anwar, Azmin menyifatkan bekas ketuanya itu sebagai "bapa pengkhianat" susulan peranannya dalam PRK Kajang pada 2014 dan PRK Port Dickson pada 2018.
Azmin mendakwa PRK Kajang bertujuan mencatur Anwar sebagai menteri besar Selangor manakala PRK Port Dickson untuk mencapai cita-cita menjadi perdana menteri.
bertujuan mencatur Anwar sebagai menteri besar Selangor pada 2014 dan "Langkah Port Dickson" untuk mencapai cita-cita presiden PKR itu menjadi perdana menteri.
Sementara itu, Anwar juga berkata dia tidak yakin Ismail akan mengurangkan jumlah menteri jika kembali sebagai perdana menteri selepas ini.
Dia juga mempersoalkan kemampuan Pengerusi PN Muhyiddin Yassin untuk memimpin negara.
"Dia cakap dia perdana menteri terbaik. Dia dan (menteri kesihatan sementara) Khairy Jamaluddin buat dasar (berkenaan Covid-19). Sampai sekarang berapa yang meninggal dunia, berapa kos vaksin?
"Mana tender, syarikat siapa yang dapat (orang ramai) tak tahu.
"Saya rayu, tolong selamatkan negara. Bagi peluang kepada kita untuk sedaya upaya membawa perubahan," katanya lagi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan