KOSMO!
JAKARTA – Seorang remaja lelaki di Indonesia ditahan kerana didakwa menghamilkan teman wanita yang sebaya usianya, lapor laman berita Suara.com.
Polis Bontang menahan remaja lelaki berusia 14 tahun itu di Bontang Selatan. Keluarga mangsa membuat laporan polis mengenai perkara tersebut.
Remaja yang masih bersekolah itu kemudian dibawa ke Balai Polis Bontang.
Ketua Perhubungan Awam Polis Bontang, Iptu Mandiyono berkata, gadis itu diketahui hamil selepas ibunya melihat tingkah lakunya yang aneh.
Ibu gadis itu lebih curiga apabila dia tidak datang haid beberapa bulan lepas. Hal ini demikian kerana waktu datang bulan mereka adalah sama.
“Perut anaknya juga mula membesar. Setelah menjalani ujian ternyata positif hamil,” katanya Iptu.
Kes itu kini diambil alih oleh Bahagian Perlindungan Wanita dan Kanak-Kanak (PPA) dari Unit Siasatan Jenayah Polis Bontang. – Agensi
Tiada ulasan:
Catat Ulasan