FAZLI RADZI
Tanda pagar #KitaBoleh dan ‘Anwar’ muncul ‘trending’ di Twitter kurang 48 jam sebelum berlangsungnya Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Setakat jam 1 petang tadi, slogan Pakatan Harapan (PH), #KitaBoleh mencatatkan kira-kira 12,000 ciapan di Twitter.
Dalam masa sama, nama Anwar yang juga Pengerusi PH muncul di tangga teratas sohor kini di media sosial itu.
Lebih 40,000 ciapan dalam tempoh yang sama berkisarkan tentang calon Perdana Menteri berkenaan.
Antara yang menjadi bualan warganet ialah sambutan hangat pengundi semasa Jelajah Mega Harapan Parlimen Gombak malam tadi.
“Alhamdulillah. Azmin bakal kalah deposit di Gombak. InsyaAllah. Tsunami Rakyat! Kita Boleh!” ciap @BadBoy2662.
Sabtu ini, lebih 21 juta pemilih termasuk berusia 18 tahun ke atas dijangka menunaikan tanggungjawab untuk mengundi pada PRU15.
Seramai 945 calon akan merebut 222 kerusi sekaligus jumlah calon bertanding paling ramai dalam sejarah PRU di negara ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan