"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Polis siasat pelakon yang nak 'sembelih' kafir harbi ni

Malaysiakini


Polis membuka kertas siasatan ke atas pelakon Zul Huzaimy susulan kenyataan kontroversi yang disifatkan berbaur perkauman.

Setiausaha Polis Diraja Malaysia (PDRM), Noorsiah Saaduddin, mengesahkan menerima laporan berhubung video ucapan pelakon berkenaan.

Menurutnya, siasatan dikendalikan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT), Bahagian Pendakwaan/Undang-Undang (D5), Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Bukit Aman.

“Kes diklasifikasikan mengikut Seksyen 506, Seksyen 505 (c) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Terdahulu, kenyataan Zul mahu ‘menyembelih’ orang bukan Islam tular melalui rakaman video dalam satu program ceramah yang dikaitkan dengan PAS di Kemaman, Terengganu, pada 4 November lalu.

Pelakon Wayang itu malam tadi tampil memohon maaf malah mendakwa rakaman video berkenaan telah disunting untuk tujuan pihak tertentu.

Dia turut menafikan dirinya terlalu ekstrem dan hanya menujukan kenyataannya kepada "segelintir" orang bukan Islam yang didakwanya tidak membenarkan azan berkumandang.

Tiada ulasan: