"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

BN bakal kalah di Perlis, dakwa Zahidi

FMT Reporters

Bekas Ahli Parlimen Padang Besar, Zahidi Zainul Abidin meramalkan BN akan hilang dua kerusi Parlimen dan sembilan kerusi DUN di Perlis pada PRU15.

PETALING JAYA: Bekas pemimpin Umno, Zahidi Zainul Abidin meramalkan Barisan Nasional (BN) akan kalah di Perlis buat julung kali pada 19 Nov ini.

Beliau turut menjangkakan BN akan hilang sekurang-kurangnya dua kerusi Parlimen, iaitu Arau dan Padang Besar, serta sembilan kerusi DUN pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15).

Katanya, ramalan itu berdasarkan hasil kajian dan situasi semasa, selepas BN menggugurkan calon boleh menang.

“Di Arau, empat kerusi sudah tentunya kalah, iaitu Guar Sanji, Pauh, Simpang Empat dan Sanglang. Di Kangar, BN dijangka kalah di Kuala Perlis, Indera Kayangan, Sena dan Bintong.

“(Di) Padang Besar, BN dilihat sudah pasti kalah di DUN Titi Tinggi, manakala Parlimen Arau, Shahidan Kassim dilihat tidak menghadapi masalah menang, selain Padang Besar peluang 50-50 untuk BN menang,” katanya menurut laporan Utusan Malaysia.

Bekas Ahli Parlimen Padang Besar itu digugurkan BN dan kemudian bertanding atas tiket bebas di Parlimen itu dan DUN Titi Tinggi.

Selain Zahidi, bekas Ahli Parlimen Arau, Shahidan juga digugurkan BN dan bertanding atas tiket Perikatan Nasional.

Tiada ulasan: