"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Data bocor, undi pos lewat tiba: Sampai bila SPR mahu membisu?

DANIAL HAKIM

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) didesak tampil memberi penjelasan berhubung dakwaan kebocoran data MySPR dan kelewatan undi pos yang dilaporkan media sejak beberapa hari lalu.

Pengasas bersama Persatuan Pengundi Muda (Undi18), Tharma Pillai, berkata pihaknya kecewa dengan sikap Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Ghani Salleh, yang masih mengunci mulut dan enggan memberi maklum balas mengenai isu tersebut.

Menurutnya, SPR yang memegang data lebih 21.8 juta rakyat Malaysia perlu bertanggungjawab terhadap sebarang kebocoran maklumat, dan bukan berdiam diri sehingga menimbulkan keresahan orang ramai.

Pada masa sama, ujarnya, Abdul Ghani perlu menjawab kebimbangan pengundi di luar negara yang masih belum menerima kertas undi pos, sekali gus berkemungkinan tidak sempat untuk menunaikan tanggungjawab memilih wakil rakyat menjelang 19 November nanti.

“Pengerusi SPR perlu keluarkan kenyataan kerana ini membabitkan integriti SPR dan pilihan raya itu sendiri.

“Jika benar berlaku kebocoran data, ini isu besar kerana maklumat yang dibocorkan berpotensi digunakan ‘scammer’, pengendap (stalker) dan penjenayah lain untuk mencari mangsa.

“Malah, ketika timbul isu dalam pilihan raya terdahulu pun Pengerusi SPR memilih untuk membisu, seperti peningkatan kes Covid-19 di Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah, isu hak pengundi dan sebagainya, sedangkan semua ini bukan perkara baharu,” lapor BH.

Tiada ulasan: