"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Anwar lebih berketerampilan jika dibandingkan dengan Mahaiddin, Zahid, Ismail sebagai PM

MOHD ALI HASHIM

Pilihan raya umum (PRU) ke-15 merupakan medan sebenar untuk memilih Perdana Menteri (PM) bagaimanapun sosok tubuh Anwar Ibrahim dikatakan lebih berketerampilan jika dibandingkan dengan Mahiaddin, Zahid dan Ismail sebagai PM.

Banyak perbezaan yang boleh dibandingkan antara calon Pakatan Harapan (PH), Barisan Nasional (BN) maupun Perikatan Nasional (PN).

Jika dibuat perbandingan calon BN iaitu Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi beliau sebetulnya adalah liabiliti kepada Umno dan ia serupa sepertimana PRU ke-14 dimana Datuk Seri Najib Razak menjadi beban kepada Umno.

Malah kata Pengarah Komunikasi dan Penerangan PH Pulau Pinang, Dr Zaidi Zakaria, bagi mengelak akan liabiliti sedemikian, maka Datuk Seri ismail Sabri telah diwar-warkan sebagai ‘poster boy’.

Sejajar dengan itu ujar beliau, dalam sejarah politik juga menjadi lumrah di serata dunia bahawa Presiden partilah yang akan menjadi PM.

Walau bagaimana pun tegasnya, sekiranya lumrah ini dilanggari, ketidakstabilan politik kerana pergolakan politik dalaman parti tetap akan berlaku dan faktanya ia telah berlaku semasa Ismail Sabri sebagai PM.

“Terbukti ketika Ismail Sabri menjadi PM, ia tidak bertindak seratus peratus sebagai PM, sebaliknya dikawal oleh Presiden Umno dan partinya. Bukti jelas apabila Parlimen dibubar adalah atas kehendak Zahid dan Umno.

” Peluang berucap di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pula sebenarnya sebagai pentas terbaik untuk mengangkat Malaysia ke persada dunia. Ia juga merupakan pentas terbaik untuk memperlihatkan hala tuju negara, dasar yang boleh meyakinkan pelabur asing ke Malaysia, tetapi kesempatan ini gagal digarap oleh Ismail Sabri apabila berucap dalam Bahasa Malaysia, yakni lebih kepada memenangi politik dalaman negara, bukannya PBB.

“Indeks rasuah negara-negara dunia turut menjunamkan kedudukan Malaysia dari kedudukan ke-51 semasa PH menerajui negara selama 22 bulan terus kepada tangga ke 62.Ia juga telah menyebabkan pelabur asing ke Malaysia gagal ditingkatkan, sebaliknya Indonesia dan Vietnam menjadi negara pilihan pelaburan mereka, ” ujar beliau yang juga merupakan Naib Pengerusi AMANAH Pulau Pinang.

Tambah Dr Zaidi lagi, calon PN, Tan Sri Mahaidin Yasin pula selama 17 bulan negara bergelut dengan Covid-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) mengambil tindakan menggantung Parlimen. Sekaligus mengisytiharkan darurat tanpa membahaskannya terlebih dahulu di Parlimen.

Kegagalan seterusnya ialah dalam tempoh PKP 1.0 dan 2.0 beliau membentuk kabinet super dengan cara ‘scheme of things’ termasuk melantik Duta Khas bertaraf menteri ke Timur Tengah dan China. , Sedangkan rakyat tatkala itu menghadapi krisis ekonomi dan pekerjaan sehinggakan dilaporkan media lebih 1000 orang membunuh diri.

Dr Zaidi juga berkata, situasi ini membuktikan Mahaidin tidak mempunyai visi dan misi untuk Malaysia serta gagal menarik pelabur asing ke negara ini dan tidak layak lagi sebagai PM.

Sebaliknya tegas beliau, calon PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim sudah tidak asing lagi di pentas antarabangsa dan dunia.

Nekad dan tekad ‘reformasi’ yang telah dilaung-laungkan sejak 1998 ternyata boleh meyakinkan dunia kepada Malaysia.

Antara Anwar, Zahid, Mahaidin dan Ismail maka Anwar merupakan calon pilihan terbaik yang harus diberi mandat dan peluang menjelang PRU pada 19 November 2022.

Tiada ulasan: