"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Lelaki disangka meninggal siap diletakkan dalam keranda, tiba-tiba hidup semula

SITI NUR ZAWANI MISCON

Satu kejadian aneh menggemparkan penduduk di Bogor, Indonesia apabila seorang lelaki yang telah meninggal dunia dan diletakkan di dalam keranda, dilaporkan tiba-tiba hidup semula.

Satu tangkap layar turut dikongsikan netizen di negara itu dengan memperlihatkan seorang lelaki terbaring di dalam keranda.

Sementara itu lapor Kompas.com, lelaki yang telah dibawa ke Hospital Besar Bogor itu berada dalam keadaan sedar tetapi masih dipantau.

Bagaimanapun Pengarah Hospital Besar Bogor, Ilham Chaidir memberitahu bahawa pihaknya tidak akan bertanggungjawab ke atas insiden itu kerana ia berada di luar tanggungjawab mereka.

Katanya, salah besar jika ada pihak menuding jari dan menyalahkan hospitalnya atas kejadian tersebut kerana bukan pihaknya yang mengesahkan lelaki itu meninggal.

Bahkan, ketika lelaki itu dibawa ke hospital, pesakit berada dalam keadaan sedar walaupun belum sepenuhnya.

“Keadaan pesakit yang kini berada di wad dilaporkan semakin pulih dan masih dalam pemantauan,” katanya.

Terdahulu, jenazah disahkan meninggal dunia di salah sebuah hospital di wilayah Jakarta.

Tiada ulasan: